Wednesday, January 29, 2014

PATEN, HAK CIPTA, CAP DAGANGAN DAN JENAMA

PATEN, HAK CIPTA, CAP DAGANGAN, JENAMA

Paten
Paten bermaksud satu hak ekslusif yang dianugerahkan oleh pihak kerajaan untuk suatu rekacipta terbaru sama ada ia adalah satu produk atau satu proses

Contoh Paten


Hak Cipta
Hak cipta ialah satu set hak eksklusif yang mengawal penggunaan sesuatu penyataan idea atau maklumat. Dalam kebanyakan kes, hak-hak ini adalah untuk tempoh yang terhad. Symbol untuk hak cipta adalaH © dan di sesetengah bidang kuasa symbol itu boleh digantikan dengan (c). Hak cipta boleh wujud dalam berbagai-bagai karya kreatif, intelektual atau berseni. Ini termasuklah puisi, tesis, drama, buku, filem dan sebagainya. Sebagai contoh drama kartun Upin dan Ipin yang menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia, dan Turki di mana animasi ini telah dinobatkan dalam Malaysia Book Of Records sebagai Animasi Paling Terkenal pada tahun 2011.
Contoh Hak Cipta karya seni :-

Cap Dagangan (Trademark)
            Cap Dagangan (trademark) bermaksud cap yang digunakan atau dicadang untuk digunakan bagi tujuan menunjukkan hubungan antara barangan atau perkhidmatan dengan pemilik atau pengguna berdaftar cap dagangan tersebut di dalam urusan perniagaan. Cap dagangan juga boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut. Cap Dagangan juga merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga tertentu.



Contoh Cap Dagangan

Sebagai contoh filem yang dikeluarkan mempunyai hak intelektual bagi sesebuah negara yang mengeluarkan filem tersebut. Antara akta atau undang-undang yang digunapakai dalam perniagaan antarabangsa ialah International Convention untuk melindungi Hak Cipta (juga dikenali sebagai Konvensyen Paris, Berne Convention untuk melindungi hasil sastera dan karya (merupakan sebahagian Pusingan Uruguay)

Peratus Negara Paling Tinggi & Paling Rendah Terlibat Jenayah Cetak Rompak Perisian
20 Kedudukan Negara Paling Tinggi Terlibat Jenayah Cetak Rompak Sesuatu Perisian
Kedudukan
Negara
Jumlah (%)
1
Armenia
93
2
Azerbaijan
92
3
Moldova
92
4
Bangladesh
92
5
Zimbabwe
91
6
Sri Lanka
90
7
Yaman
89
8
Libya
88
9
Venezuela
87
10
Iraq
85
11
Vietnam
85
12
Pakistan
84
13
Indonesia
84
14
Algeria
84
15
Cameroon
84
16
Ukraine
83
17
China
82
18
Paraguay
82
19
Zambia
82
20
Bolivia
82

20 Kedudukan Negara Paling Rendah Terlibat Jenayah Cetak Rompak Sesuatu Perisian
Kedudukan
Negara
Jumlah (%)
1
Amerika Syarikat
20
2
Luxembourg
21
3
New Zealand
22
4
Jepun
23
5
Austria
25
6
Sweden
25
7
Denmark
25
8
Belgium
25
9
Finland
25
10
Switzerland
25
11
United Kingdom
26
12
Jerman
27
13
Netherland
28
14
Australia
28
15
Norway
29
16
Israel
32
17
Kanada
33
18
Ireland
34
19
Afrika Selatan
34
20
Emiriah Arab Bersatu
35



2 comments: