Friday, January 31, 2014

PERSEKITARAN POLITIK


RISIKO POLITIK

 

Risiko politik merujuk kepada sebarang tindakan kerajaan atau perkara-perkara yang berlaku yang mempunyai motif politik yang boleh memberikan kesan kepada syarikat sama ada dari segi nilai mahupun kesan jangka panjang seperti penurunan kadar keuntungan yang diperolehi syarikat.  

Dalam menilai risiko politik antarabangsa, pengurus perlu melihat empat perkara, iaitu :-

a)      Klimaks politik : kestabilan sistem politik sesebuah negara

b)      Klimaks ekonomi : kestabilan ekonomi seperti sistem perbankan dan mata wang

c)      Ketidakstabilan tempatan : keadaan di negara berkenaan selamat untuk pelaburan, atau adanya tunjuk perasaan, rusuhan dan perbalahan politik.

d)     Konflik dengan negara asing yang lain, iaitu sama ada kerjasama dengan negara jiran adalah pada tahap yang baik.

Ketidakstabilan keadaan politik di Timur Tengah, di beberapa negara ASEAN dan dibenua Afrika telah menyebabkan pembangunan perniagaan terjejas kerana tidak banyak pelabur yang berminat melabur di negara-negara berkenaan.

Ketidakstabilan politik disebabkan oleh rusuhan, perubahan dan tunjuk perasaan yang berterusan, seperti tunjuk perasaan di Thailand dan Turki telah membantutkan pembangunan perniagaan di negara tersebut.

Syarikat multinasional menilai risiko politik melalui tiga kaedah iaitu :-

a)      Menggunakan pakar atau jururunding yagn mahir atau telah biasa dengan situasi negara berkenaan.

b)      Membentuk dan melatih staf sendiri untuk menjalankan kajian mengenai risiko politik yang berkaitan dengan organisasinya.

c)      Menggunakan model komputer untuk menganalisis data dan memeringkatkan risiko negara mengikut data yang diperoleh.

Sebahagian syarikat multinasional menilai risiko politik berdasarkan persekitaran politik dan ekonomi global, keadaan ekonomi tempatan dan perhubungan ekonomi tempatan atau luaran.

Kegawatan politik ini mungkin menyebabkan berlakunya nasionalisasi ataupun perampasan hak milik.

Risiko politik juga berkait dengan dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan iaitu wujud peraturan perdagangan yang ketat, syarat yang pelbagai untuk menggunakan bahan mentah tempatan dan juga cukai korporat yang tinggi. 

Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.

Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan menjamin etika perniagaan. Misalnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale) bertujuan untuk memberi perlindungan kepada para pembeli dan pengguan terakhir. Persekitaran politik yang stabil dan undang-undang yang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus beroperasi dan berkembang.

No comments:

Post a Comment