Wednesday, January 29, 2014

PERSEKITARAN PERNIAGAAN

PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Persekitaran Perniagaan
Berdasarkan teori sistem, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Namun, persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran.
1.3.1   Persekitaran Tugas (Pihak-pihak Yang Berkepentingan)
Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada elemen-elemen perniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pelabur, pekerja, pengguna dan pembekal. Elemen-elemen ini berinteraksi dan mempunyai hubungan langsung dalam pem,bentukan polisi, prosedur-prosedur dan sistem sesebuah organisasi perniagaan.
a)      Pemilik Perniagaan
Pemilik perniagaan juga dikenali sebagai tuan punya atau towkay perniagaan. Pemilik perniagaan terdiri daripada individu atau kumpulan-kumpulan individu yang telah menyumbangkan modal dan memiliki organisasi perniagaan. Pada amnya, pemilik perniagaan yang mengendali dan menjalankan operasi harian perniagaan. Penglibatan pemilik perniagaan secara langsung dalam operasi harian pasti akan mempengaruhi perjalanan perniagaan.
b)     Pelabur
Pelabur juga merupakan pemodal organisasi perniagaan. Pelabur terdiri daripada individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Setengah-setengah pelabur menyuntikkan modal yang besar dalam organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wang ataupun teknologi yang tinggi kerana mereka mempunyai kepentingan dengan perniagaan yang berkenaan. Pelabur demikian akan bergiat dalam perjalanan perniagaan tersebut. Mereka inginkan pulangan yang baik.
Ada juga pelabur yang menyumbangkan modal dalam organisasi perniagaan melalui pembelian saham atau syer . Mereka akan membeli saham organisasi perniagaan apabila harganya rendah dan menjual apabila harganya meningkat. Pelabur demikian merupakan pemilik organisasi perniagaan yang pasif. Mereka, pada amnya, tidak terlibat secara aktif dalam menjalankan perniagaan.
Pelabur menyumbangkan modal dalam sesebuah organisasi perniagaan bertujuan untuk memperolehi keuntungan. Matlamat pulangan pelaburan yang telah ditetapkan oleh pelabur nescaya mempengaruhi keputusan, dasar serta aktiviti-aktiviti perniagaan. Oleh itu, organisasi perniagaan perlu mengambil tindak-tanduk yang dapat memenuhi kehendak pelabur jangka masa pendek dan juga pelabur jangka masa panjang.
c)      Pekerja
Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan. Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain seperti cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi oleh kesatuan sekerja dan juga kerajaan.
Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian yang rapi. Namun, pengambilan pekerja, hubungan perindustrian diantara pemilik perniagaan dan kesatuan sekerja serta kerajaan akan memberi kesan kepada penentuan bentuk sistem, dasar, perancangan strategi dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perniagaan.
d)     Pengguna
Pengguna merupakan individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu diberi keutamaan oleh organisasi perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat bergantung kepada kepada golongan pengguna. Permintaan golongan pengguna terhadap barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya yang disediakan oleh organisasi perniagaan menetapkan sejauh manakah pencapaian objektif / matlamat organisasi perniagaan iaitu mendapat keuntungan.
Kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan organisasi perniagaan terhadap jenis atau barangniaga yang hendak ditawarkan di pasaran. Organisasi perniagaan harus sentiasa menilai sama ada keluarannya dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Sekiranya keluaran yang ditawarkan oleh organisasi perniagaan itu tidak diminati dan tidak disambut baik oleh pengguna, maka organisasi perniagaan akan menanggung risiko tidak terjual yang tinggi dan ini pasti merugikannya.
Selain itu, keluaran organisasi perniagaan perlu mempunyai inovasi, berkreativiti dan berkembang maju supaya keperluan dan citarasa pengguna selari dengan perkembangan teknologi dunia hari ini.
e)      Pembekal
Pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi perniagaan untuk dijadikan barangniaga yang boleh dijual dan memenuhi citarasa pengguna. Pembekal sendiri juga peniaga yang mendapat keuntungan daripada jualan bahannya kepada organisasi perniagaan lain seperti kedai runcit, pasaraya.
Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Pada hakikatnya, kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain dalam dunia perniagaan. Interaksi diantara pembekal dan organisasi perniagaan banyak memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan / operasi dan kemajuan sesebuah organisasi perniagaan. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin perjalanan / operasi sesebuah organisasi perniagaan tidak terganggu dan terus berkembang.
f)       Sistem dan Prosedur
Selain faktor-faktor persekitaran perniagaan dalaman  yang telah dibincangkan tadi, semua prosedur dan sistem organisasi yang diamalkan akan turut mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat oleh pihak pengurusan. Keputusan perniagaan yang dibuat berdasarkan prosedur dan sistem organisasi yang diamalkan akan mengarah organisasi perniagaan itu ke arah pencapaian matlamatnya.
Persekitaran Umum
Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung. Diantaranya elemen-elemen persekitaran perniagaan luaran ialah persaingan, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan dan persekitaran global / antarabangsa.
a)      Persaingan
Dalam system ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran persaingan yang dinamik. Persaing iaitu organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan barangniaga atau perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti, kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi perniagaan di dunia perniagaan. Persaing cuba membaiki produk mereka supaya dapat berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah menguasai pasaran. Contohnya, di bidang automobil Proton telah berjaya mengeluarkan kereta yang dapat berdaya saing dengan pengeluar-pengeluar kereta yang lain di Malaysia. Dengan perkataan lain, persaingan boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada perjalanan sesebuah organisasi perniagaan.
b)     Ekonomi
Dalam perancangan organisasi perniagaan baik jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang, peniaga-peniaga harus prihatin dan peka kepada perubahan ekonomi. Keadaan ekonomi baik ekonomi tempatan mahupun ekonomi antarabangsa atau global, banyak berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Ia akan mempengaruhi operasi, prestasi dan dasar sesebuah organisasi perniagaan. Misalnya, apabila kadar faedah pinjaman asas (Base Lending Rate [BLR]) bank meningkat, tanggungan pembiayaan pinjaman organisasi perniagaan turut bertambah. Begitu juga dengan peningkatan kadar inflasi. Kos pengeluaran akan meningkat apabila kadar inflasi meningkat. Peningkatan kadar inflasi akan mengakibatkan harga bahan mentah yang diperlukabn daripada pembekal turut naik. Untuk mempertahankan keuntungan dan meneruskan kewujudan organisasi perniagaan dengan peningkatan kos yang mendadak dalam pasaran, maka peniaga terpaksa bertindak sama ada menurunkan kos pengeluaran dan mencari barangan pengganti bagi bahan-bahan mentah yang digunakan selama ini ataupun menaikkan harga jualan barangniaga di pasaran. Persekitaran ekonomi yang sering berubah akan memberi kesan secara langsung serta merumitkan lagi pihak peniaga untuk menetapkan pengurusan organisasi perniagaannya.
c)      Teknologi
Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pesat akan memberi kesan secara langsung kepada organisasi perniagaan. Perkembangan teknologi banyak membantu perkembangan organisasi perniagaan. Misalnya, operasi organisasi perniagaan seperti proses pengeluaran dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Kerja-kerja pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakan Penyata Kewangan dan sebagainya dikendali dan dipermudahkan dengan penggunaan sistem komputer. Aktiviti perniagaan iaitu pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan melalui perdagangan elektronik  atau “e-commerce” dapat mengurangkan belanja dan masa.
Walaupun perkembangan teknologi membawa kesan yang positif kepada organisasi perniagaan, tidak dapat dinafikan bahawa ia juga mendatangkan kesan-kesan negatif atau sampingan seperti peningkatan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara dan air akibat pembuangan sisa-sisa toksik, tenaga buruh digantikan oleh mesin, interaksi dengan mesin berbanding dengan manusia dan sebagainya. Oleh itu, amalan pendekatan yang seimbang perlu diutamakan. Faedah dan kebaikan daripada penggunaan teknologi moden dan canggih dipetik. Pada masa yang sama, kesan-kesan sampingan akibat penggunaan teknologi moden dan canggih itu perlu diminimumkan.
d)     Institusi Kewangan
Organisasi perniagaan tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan institusi kewangan. Institusi kewangan merupakan salah satu elemen persekitaran luaran perniagaan yang juga mempengaruhi organisasi perniagaan. Organisasi perniagaan yang ingin meluaskan atau mengembangkan lagi aktiviti perniagaannya tetapi tidak mempunyai modal yang cukup boleh mendapatkan kemudahan pinjaman seperti pinjaman jangka masa pendek, kemudahan “overdraft” dan sebagainya daripada institusi kewangan. Modal dapat memberi kesan yang ketara kepada jenis, saiz dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan diusahakan.
Apabila dasar institusi kewangan itu berubah seperti mengurangkan jumlah pemberian kredit, menghadkan pemberian kredit kepada jenis-jenis perniagaan tertentu, meningkatkan kadar faedah pinjaman asas (BLR) dan sebagainya, organisasi perniagaan yang membuat pinjaman terpaksa menanggung peningkatan liabiliti yang signifikan. Misalnya, kenaikan kadar faedah pinjaman asas secara mendadak semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997 menyebabkan banyak organisasi perniagaan mengalami kemerosotan. Kerajaan Malaysia terpaksa mengarahkan semua institusi kewangan di Malaysia menurunkan kadar faedah pinjaman untuk menyelamatkan ekonomi negara Malaysia. Langkah penurunan kadar faedah pinjaman asas daripada institusi kewangan dapat memberi nafas baru kepada organisasi perniagaan yang menghadapi masalah kewangan serta pemulihan semula ekonomi Malaysia.
e)      Sosial dan Budaya
Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran social dan budaya tidak dapat diringankan kerana masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitivity tersendiri. Setiap masyarakat seperti masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang tersendiri mengikut bangsa dan agama.
Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika di kalangan masyarakat. Misalnya, makanan yang dikeluarkan khas untuk masyarakat beragama Islam di Malaysia diwajibkan mempamerkan logo “halal” daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kesedaran tentang perbezaan, keinginan untuk mempelajari, mengetahui dan memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.
f)       Persekitaran Politik dan Undang-undang
Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.
Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan menjamin etika perniagaan. Misalnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale) bertujuan untuk memberi perlindungan kepada para pembeli dan pengguan terakhir. Persekitaran politik yang stabil dan undang-undang yang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus beroperasi dan berkembang.

Global / Persekitaran Antarabangsa
Pada era globalisasi, operasi perniagaan tidak lagi terhad kepada persekitaran luaran setempat. Para peniaga tempatan harus bersedia dan menyusun strategi dan merancang perniagaannya supaya benar-benar berdaya saing dengan peniaga-peniaga antarabangsa. Keadaan politik, ekonomi dan perkembangan teknologi semasa di negara-negara asing banyak berinteraksi dan memberi kesan yang signifikan kepada perjalanan perniagaan di negara tempatan. Misalnya, kegawatan ekonomi yang berlaku di Malaysia pada tahun 1997 telah menjejaskan sedikit sebanyak negara-negara barat yang mengeksport industri pendidikan mereka. Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk membekukan penghantaran pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara. Tindakan kerajaan Malaysia sedemikian secara tidak langsung memaksa banyak institusi pengajian tinggi luar negara untuk menawarkan biasiswa atau mengurangkan yuran pengajian kepada pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara.
PERSEKITARAN TUGAS (PIHAK YG BERKEPENTINGAN)
PIHAK
DEFINISI
BAGAIMANA IA MEMPENGARUHI?
T/JAWAB PERNIAGAAN?
Pelanggan






Pembeli produk






Perubahan citarasa -pengaruhi  jenis keluaran/harga/kualiti produk

Ikut citarasa/ kehendak pelanggan

Jaga kualiti/harga/mutu

Beri maklumat benar/lengkap

Pembekal


Bekalkan INPUT/Bhn Mentah

Bekalan yg berterusan & cekap – pengaruhi kejayaan sykt

Bayar hutang ikut tempoh

Ikut perjanjian jual beli

Pesaing



Penjual produk serupa & di tempat sama

Persaingan harga/kualiti – perlu buat inovasi terhdp produk

Amalkan persaingan sihat

Tidak cemarkan nama pesaing

Pembiaya/Pemodal
Pemberi pinjaman & modal
Sumbangan modal/pinjaman tinggi-bolehkan pembesaran perniagaan

Bayar hutang ikut syarat

Beri pulangan/dividen yang baik

Bekalkan maklumat yg diperlukan

Pekerja




Tenaga buruh (mental/fizikal)



Pekerja ygberkemahiran/baik-dpt tingkatkan produktiviti

Semangat kerjasama/motivasi-bantu perniagaan capai matlamat

Sediakan suasana tempat kerja yg baik
Jaga kebajikan / adil / hormati idea pekerja

Kerajaan






Penguatkuasa undang2





Cukai yg tinggiuntung akan kurang

Pewujudan tanggjwb sosialaktiviti perniagaan akan terjejas/terbatas

Jalankan perniagaan ikut peraturan
Daftar perniagaan- ada lesen

Bayar cukai kpd kerajaan

PERSEKITARAN UMUM
PERSEKITARAN
DEFINISI
BAGAIMANA IA MEMPENGARUHI?
Ekonomi




Keadaan/Sistem EkonomiKuasa beli/harga brgDinamik Pasaran/Risiko


Prestasi ekonomi-baik/buruk..

Sistem ekonomi yang diamalkan kapitalis/sosialis

Harga barang-mahal/murah

Kadar tukaran wang-menarik/ tidak
Sistem kewangan/bank- efisyen/lembab
Sosiobudaya




Nilai budaya sosial/etikaPerubahan populasiTanggungjawab social


Budaya unik - pelbagai agama/adat resam/perayaan

Sikap/minat, golongan muda/tua - berbeza citarasa

Taraf hidup-kaya/miskin/bandar/luar bandar
Politik & Perundangan




Keadaaan politik, polisi awam, peraturan dan kawalan kerajaan, sokongan atau galakan kerajaan serta sistem percukaian

Bergantung kpd sistem politik yg diamalkan-  komunis/kapitalis

Undang2 yg ketat-perlindungan hak cipta

Kestabilan politik

Galakan kerajaan
Persaingan & Jaringan
Persaingan, jenis struktur pasaran, dan persaingan harga, produktiviti dan persaingan antarabangsa
Bergantung kpd jenis persaingan-jika tulen-harga akan rendah tapi perlu jaga kualiti
Teknologi


Sebarang perubahan penggunaan sains

Memudahkan & percepatkan capaian maklumat

Prosedur kerja lebih mudah/cepat

Jimat kos penggunaan buruh
Fizikal








Kemudahan fizikal (bangunan, jalanraya, perhubungan), tenaga (minyak, elektrik, dll), sumber semulajadi, pencemaran alam, dan ekologi.


Pengangkutan yg cekap akan cepatkan penghantaran brg

Kemudahan perhubungan yg baik akan percepatkan proses perniagaan

Kemudahan pergudangan

Kemudahan Air dan letrik

Kekayaan sumber semulajadi







No comments:

Post a Comment