Friday, January 31, 2014

PERSEKITARAN POLITIK


RISIKO POLITIK

 

Risiko politik merujuk kepada sebarang tindakan kerajaan atau perkara-perkara yang berlaku yang mempunyai motif politik yang boleh memberikan kesan kepada syarikat sama ada dari segi nilai mahupun kesan jangka panjang seperti penurunan kadar keuntungan yang diperolehi syarikat.  

Dalam menilai risiko politik antarabangsa, pengurus perlu melihat empat perkara, iaitu :-

a)      Klimaks politik : kestabilan sistem politik sesebuah negara

b)      Klimaks ekonomi : kestabilan ekonomi seperti sistem perbankan dan mata wang

c)      Ketidakstabilan tempatan : keadaan di negara berkenaan selamat untuk pelaburan, atau adanya tunjuk perasaan, rusuhan dan perbalahan politik.

d)     Konflik dengan negara asing yang lain, iaitu sama ada kerjasama dengan negara jiran adalah pada tahap yang baik.

Ketidakstabilan keadaan politik di Timur Tengah, di beberapa negara ASEAN dan dibenua Afrika telah menyebabkan pembangunan perniagaan terjejas kerana tidak banyak pelabur yang berminat melabur di negara-negara berkenaan.

Ketidakstabilan politik disebabkan oleh rusuhan, perubahan dan tunjuk perasaan yang berterusan, seperti tunjuk perasaan di Thailand dan Turki telah membantutkan pembangunan perniagaan di negara tersebut.

Syarikat multinasional menilai risiko politik melalui tiga kaedah iaitu :-

a)      Menggunakan pakar atau jururunding yagn mahir atau telah biasa dengan situasi negara berkenaan.

b)      Membentuk dan melatih staf sendiri untuk menjalankan kajian mengenai risiko politik yang berkaitan dengan organisasinya.

c)      Menggunakan model komputer untuk menganalisis data dan memeringkatkan risiko negara mengikut data yang diperoleh.

Sebahagian syarikat multinasional menilai risiko politik berdasarkan persekitaran politik dan ekonomi global, keadaan ekonomi tempatan dan perhubungan ekonomi tempatan atau luaran.

Kegawatan politik ini mungkin menyebabkan berlakunya nasionalisasi ataupun perampasan hak milik.

Risiko politik juga berkait dengan dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan iaitu wujud peraturan perdagangan yang ketat, syarat yang pelbagai untuk menggunakan bahan mentah tempatan dan juga cukai korporat yang tinggi. 

Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.

Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan menjamin etika perniagaan. Misalnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale) bertujuan untuk memberi perlindungan kepada para pembeli dan pengguan terakhir. Persekitaran politik yang stabil dan undang-undang yang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus beroperasi dan berkembang.

KESAN KEPADA PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI – TENAGA BURUH


 

Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dari segi pembangunan namun, sedarkah kita bahawa daripada mana pembangunan ini pesat membangun? Disini kita akan menjelaskan tentang bagaimana kebanjiran buruh asing ini boleh membantu negara kita semakin membangun. Menurut sumber rujukan daripada Surat Khabar Berita Harian 10/02/2010 telah menwarwarkan tentang kepentingan buruh asing dalam negara kita .  Hal ini kerana warga Malaysia masih ramai yang kurang berminat dalam kerja-kerja daripada sektor pembinaan, justeru sebagai langkah mengatasi negara Malaysia ketinggalan dalam dunia pembangunan maka buruh asing diperlukan dalam negara menyebabkan wujudnya impak iaitu lambakan atau kebanjiran buruh asing . Namun , kebanjiran buruh asing dalam negara bukan hanya mendatangkan impak negatif tetapi ia juga membantu negara dari segi perkongsian dan pemindahan teknologi di mana tenaga kepakaran dalam sektor pembinaan walaupun mereka yang bekerja dalam sektor tersebut bukan terdiri daripada pekerja  namun , kemahiran yang diperoleh dapat membantu Malaysia semakin membangun dalam era pembangunan.
 
Selain daripada itu juga, dalam konteks kemasukan pekerja asing, strategi negara tidak jelas.  Malahan, peningkatan jumlah buruh asing yang begitu mendadak telah menjadikan pelbagai sektor dipenuhi oleh buruh asing. Mengapa dikatakan begini ialah disebabkan oleh peralihan dari ekonomi -p kepada ekonomi - k . Pada masa ekonomi -p , kos buruh yang rendah menjadi tawaran kepada negara namun setelah beralih kepada ekonomi -p buruh yang berpengetahuan diperlukan sejajar dengan wawasan 2020.  setelah diteliti buruh asing memberi impak positif, ia juga mendatangkan implikasi yang negatif kerana untuk negara beralih kepada ekonomi -k memerlukan tenaga profesional yang berasaskan pengetahuan , daya inovasi , dan kemampuan untuk mengaplikasikan teknologi moden, namun apabila berlakunya kebanjiran buruh asing menyebabkan tenaga profesional tidak mahu berhijrah ke Malaysia. Sekaligus ini akan menimbulkan pelbagai masalah dalam pembangunan negara walaupun perkara ini memberi kesan yang lebih kepada kesan negatif .
 

ISKANDAR MALAYSIA



Iskandar Malaysia (dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar; sebelumnya SJER) terletak di selatan negeri Johor Darul Ta'zim serta berkedudukan berhadapan dengan bahagian utara pulau Singapura. Ia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Banyak kelebihan diberikan kepada pelabur dari Singapura agar mereka melabur sebanyak mungkin ke situ dan tidak ke China, Vietnam, Bangalore, India dan lain-lain pesaing. Sebelum ini pelaburan Singapura mencurah-curah ke China, Vietnam, Thailand dan Vietnam.

Malaysia lambat bertindak dan merasakan tiada keperluan untuk mengalirkannya ke Malaysia. Jumlah pelabur asing (FDI) ke Malaysia semakin berkurang kerana insentif yang diberikan sama atau lebih baik dari negara lain.

Rancangan Iskandar Malaysia ini mendapat tentangan keras rakyat Malaysia yang merasakan tindakan ini sebagai campur tangan dan penjajahan Singapura di selatan semenanjung Malaysia. Sikap kiasu dan keras kepala Singapura terhadap rancangan jambatan baru menggantikan Tambak Johor juga semakin menyakitkan hati rakyat Malaysia.

Bekas ahli parlimen Parit Sulong, seorang penulis serta pengendali blog Datuk Ruhanie Ahmad serta beberapa rakan beliau melahirkan kebimbangan mereka terhadap idea pelaksanaan rancangan Iskandar Malaysia ini.

Iskandar Malaysia yang dipengerusikan oleh Tun Musa Hitam yang juga merupakan bekas ketua Datuk Ruhanie sendiri dilihat memberi ruang yang terlalu berlebih-lebihan kepada pelabur Singapura sehingga mereka boleh masuk tanpa sebarang pemeriksaan imigresen seperti kelazimannya. Beliau juga mengetengahkan persoalan bagaimana jawatan kuasa bersama Malaysia-Singapura yang memantau bentuk kerjasama di wilayah pembangunan terbabit bakal memberi kesan terhadap kedaulatan negara.

Malaysia bukanlah tapak sampah industri dari Singapura. Sebaliknya Malaysia hanya mahu pelabur yang bermutu dan terpilih sahaja dari Singapura. Rakyat Malaysia juga tidak mahu rancangan pembangunan ini akhirnya menjadi Singapura kedua. Harga rumah dan barangan yang tinggi dan mendadak di Johor Bahru adalah akibat dari mudahnya rakyat Singapura keluar masuk serta memiliki rumah dan harta di Malaysia.
PEMINDAHAN TEKNOLOGI
 FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI
 
 
 
 
Pemindahan teknologi ialah usaha mengimport atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan seperti kemahiran, tatacara dan teknik asing demi meningkatkan daya produktiviti industri tempatan. 
 
Faktor-Faktor Menyebabkan Pemindahan Teknologi
 
 
(a)    Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan lalu membaiki kualiti hidup mereka.
 
(b)   Teknologi moden seperti komputer dapat mempercepatkan pemprosesan data-data dan jentera-jentera seperti mesin menuai dapat mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian ataupun hasil perkilangan.
 
(c)    Mempercepatkan pembangunan industri dalam negara dengan mewujudkan pertumbuhan industri baru dalam negara misalnya, industri berat membuat kereta nasional Proton Saga.
 
(d)    Membuka jalan kepada pembangunan teknologi sendiri melalui pembaikan atau pengubahsuaian teknologi yang diimport misalnya melalui teknologi pembuatan kereta dari Mitsubishi Motor Corporation (melalui projek Proton Saga) dan syarikat pembuatan kereta Daihatsu (melalui projek kereta nasional kedua), anak Malaysia mungkin muncul menjadi pembekal teknologi dan maklumat mengenai industri automobil di rantau ini kelak.
 
(e)     Pengimportan teknologi membolehkan bahan-bahan mentah keluaran negara dieksplotasikan dengan lebih cekap dan sepenuhnya dengan memprosesnya menjadi barang siap. Ini bukan sahaja membebaskan negara dari pergantungan kepada barangan siap dari negara asing malah boleh mendatangkan pertukaran wang asing dengan mengeksportnya.
 
(f)    Membawa kepada perkembangan pesat dari segi kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, lebuhraya, jalan keretapi, sistem telekomunikasi, bekalan elektrik dan sebagainya.
 
(g)   Pemindahan teknologi juga boleh wujudkan kesan rantai positif seperti pertumbuhan sektor-sektor ekonomi lain dan membuka peluang eksport yang baru kepada negara.Misalnya pengeksport kompenen-kompenen keretaoleh kilang yang ditubuhkan untuk membekalkan komponen kereta kepada PROTON.
 
(h)   Teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalampenghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian negara.
 
(i)     Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian misalnya mesin penuai padi dalam membantu mengatasi masalah kekurangan buruh semasa musim menuai padi. Demikian juga penggunaan teknologi canggih seperti robot boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam perindustrian.
 
(j)     Pengimportan teknologi rumahtangga akan mempermudahkan kerja suri rumahtangga dan membolehkan mereka menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih produktif seperti anak-anak atau buat kerja sambilan.
 
(k)   Pengimportan alat rawatan perubatan boleh meningkatkan taraf kesihatan rakyat.
 
(l)     Berjaya sesuatu projek perindustrian misalnya kereta Proton Saga akan mencetuskan semangat keyakinan diri di kalangan rakyat untuk menerokai kegiatan perindustrian yang lebih besar dan canggih pada masa depan dan mendatangkan pertumbuhan sosioekonomi yang pesat kepada negara.
 
 
 

 

Thursday, January 30, 2014

PERSEKITARAN POLITIK MEMPENGARUHI PERNIAGAAN ANTARABANGSA



Hari ini kita melihat pelbagai konflik yang berlaku didunia, krisis kemanusian dalam meneruskan kehidupan yang penuh liku dan cabaran. Manusia ghairah untuk mencari kuasa dan pengaruh dalam meneruskan survival mereka di muka alam ini.Mencari kekayaan, kuasa, penghormatan merupakan satu kemestian bagi setiap ahli politik dunia hari ini.

Namun sekarang dunia sudah berubah kekebalan politik tidak dianggap satu kepada sesuatu bangsa jika sekiranya tidak menguasai ekonomi. Di Malaysia contohnya, orang Melayu bangga dengan Ketuanan Melayu yang memberi mereka jaminan dari segi kuasa politik. Manakala orang Cina dihormati dengan Ketuanan Ekonomi yang memberi kelebihan dari segi kuasa kewangan berbanding kaum yang lain.

Politik dan ekonomi adalah saling berkaitan dalam menentukan jatuh bangun sebuah negara. Kebiasaanya ahli politik akan menggunakan isu ekonomi dalam kempen mereka untuk mendapat pengaruh dalam setiap pemilihan. Maka tidak hairanlah jika terdapat dakwaan atau andaian bahawa orang politik kebiasaanya dikeliling oleh ahli perniagaan dalam mendapatkan sumber kewangan dalam kempen mereka. Orang yang memberi bantuan kepada ahli politik mengharapkan akan dapat pengaruh bagi membantu mereka dalam perniagaan seperti penganugerahan atau mendapat kelulusan projek dan lain-lain. Orang politik macam ini menjual maruah uniform yang dipakai mereka dengan harga yang murah dengan membiarkan diri mereka dipergunakan.

Setiap kali timbul isu yang melibatkan permainan silang kata antara politik dan ekonomi.Tidak dapat dinafikan kuasa ekonomi akan dapat mengawal dan mengatasi orang yang memegang kuasa politik.Contohnya kekurangan bekalan makanan asasi dipasaran telah menunjukan kebenaran hakikat ini.Kerajaan kebiasaan terpaksa tunduk kepada kehendak golongan industri untuk menaikan atau menurunkan harga sesuatu barang dipasaran.Jelas menunjukan perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan negara memerlukan pengaruh ekonomi bagi menjadikan ia realiti.

Diperingkat hubungan antarabangsa,contohnya negara China dan Jepun menikmati hubungan politik yang naik dan turun kekadang sedikit emosi. Tetapi dalam ekonomi tidak menunjukan hal sedemikian. Hakikatnya Jepun adalah rakan dagang utama China, banyak syarikat Jepun membuat pelaburan di China.Walaupun dari segi hubungan politik tidak menggalakan.Demikian juga hubungan politik antara Malaysia-Singapura yang menunjukan naik turun.Tetapi realitinya, kedua-dua negara ini bergantung sama lain dalam meraih faedah ekonomi.Jika sebarang konflik timbul kepentingan ekonomi diberi perhatian dahulu bebanding faedah politik.


Terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya jatuh bangun sesebuah negara yang melibatkan aspek kaitan politik dan ekonomi. Sejak akhir-akhir ini, media sering menyajikan kita dengan pelbagai berita mengenai rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Terdapat juga sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai revolusi kebangkitan rakyat dan suara rakyat. Hakikat kebiasaannya, tindakan dan pelaksanaan sebegini berpunca dari perkara yang sama iaitu ketidakstabilan politik yang terjadi di sesebuah negara. Disebabkan keadaan pertumbuhan politik yang tidak sihat, serta persaingan kedudukan dan kuasa secara tidak adil dan saksama menyebabkan pihak yang terlibat khususnya para pemerintah dan pentadbir mula mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Kesan ketidakstabilan politik amnya terbahagi kepada beberapa bahagian dan klasifikasi iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek terhadap ekonomi dan politik negara itu sendiri serta di peringkat antarabangsa.

Faktor ini telah memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada ketidakstabilan politik dan ia juga mempengaruhi ekonomi sesebuah negara itu. Sekiranya rusuhan yang berlaku adalah melibatkan keganasan dan pertumpahan darah di sesebuah tempat, kegiatan ekonomi khususnya yang melibatkan perniagaan dan perusahaan akan tergendala dan terhenti kerana dua faktor iaitu kekurangan tenaga kerja oleh sebab pekerja mereka terlibat dan kerana faktor keselamatan pengusaha atau peniaga sendiri yang tidak terjamin. Aktiviti ekonomi yang terganggu menyebabkan lebihan penawaran produk atau barang serta perkhidmatan dan sekaligus memperlahankan aliran keluar-masuk wang. Ia akan merugikan peniaga khususnya dan merugikan negara amnya.

Jumlah perusuh atau penunjuk perasaan yang ramai dari pelbagai kawasan berkumpul di satu kawasan tertentu sahaja akan mengurangkan jumlah pembeli di tempat-tempat lain dan menyebabkan aktiviti ekonomi terganggu. Perusuh yang kebiasaannya merupakan golongan pembeli akan menggunakan kos yang besar sebagai persediaan membuat tunjuk perasaan seperti persediaan bekalan makanan, sepanduk, banting, khemah perlindungan dan sebagainya. Kuasa beli mereka terhadap barang-barang keperluan lain akan merosot kerana aliran keluar wang digunakan untuk tujuan ini. Hal yang demikian hanya akan menguntungkan pihak dalam industri tertentu sahaja dan hanya dalam satu-satu tempoh tertentu sahaja serta merugikan banyak pihak lain. Ini adalah kesan-kesan jangka pendek yang dapat dilihat akibat berlakunya krisis politik yang mempengaruhi ekonomi negara amnya.

Impak-impak untuk jangkamasa panjang juga dapat dilihat akibat berlakunya ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara menganggu pertumbuhan ekonomi tersebut disebabkan berlakunya rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Hal yang demikian mencerminkan imej negara yang tidak selamat dan tidak berpotensi dalam ekonomi sekaligus menyebabkan pelabur asing hilang minat untuk melabur dalam negara tersebut. 

Kerajaan terpaksa menggunakan kos yang besar bagi menanggung perbelanjaan kesan daripada rusuhan dan tunjuk perasaan seperti menggunakan peruntukan sektor-sektor lain dalam perbelanjaan pembangunan negara dan perbelanjaan mengurus negara secara berlebihan untuk menanggung kos rawatan mangsa atau rakyat yang tercedera serta membaiki kerosakan yang berlaku. Perancangan pembangunan negara akan tergendala dan terganggu. Sekiranya rusuhan dan tunjuk perasaan berlaku untuk satu tempoh yang panjang, kegiatan ekonomi dalam skop yang lebih luas seperti kegiatan eksport dan import negara akan terganggu dan sekaligus memberi kesan kepada kegiatan ekonomi negara-negara luar yang terlibat dalam kerjasama ekonomi ini. Keadaan ini menjejaskan hubungan baik antara negara.

Ketidakstabilan politik juga akan memberi kesan kepada individu, masyarakat, pihak kerajaan dan peringkat antarabangsa. Pertama, kesan kepada individu yang terlibat akan terdedah kepada risiko besar kecederaan dan kematian. Hal ini akan menyebabkan kegiatan ekonomi dan sosial seseorang akan terganggu dan terjejas juga menyebabkan perkembangan pendididikan akan tergendala. Kedua, kesan kepada masyarakat akan menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat dan membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan. Tanpa perpaduan, rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat dan kondusif. Perpecahan masyarakat akan membuka ruang kepada musuh negara atau pihak luar mengambil kesempatan mendapatkan kepentingan negara sewenang-wenangya.

Ketidakstabilan politik juga akan memberi impak yang ketara kepada pihak kerajaan. Pihak kerajaan tidak mendapat kepercayaan rakyat kerana proses pembangunan dan mengurus negara akan menjadi tergendala dan terganggu. Contoh yang dapat dilihat pada hari ini, iaitu krisis politik yang berlaku di Thailand yang telah menyebabkan berlakunya kemerosotan ekonomi yang mendadak (Artikel daripada Bangkok 19 Dis 2013 – Bernama seperti dilampiran). Manakala kesan kepada peringkat antarabangsa dapat dilihat melalui hubungan pihak kerajaan dengan luar negara juga akan terganggu dan terjejas kerana keadaan negara yang tidak selamat menyukarkan sebarang kerjasama.

Setiap pihak sebenarnya memainkan peranan yang sama pentingnya dalam memastikan kestabilan politik sesebuah negara. Rakyat perlu berfikir panjang tentang tindakan yang diambil dan pihak kerajaan pula perlu menangani sebarang isu ketidakstabilan politik dan kesan-kesannya secara bijaksana dan saksama. Langkah-langkah yang pragmatik perlu dirancang dan disediakan oleh pihak kerajaan sebagai menghadapi keadaan-keadaan tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Kedua-dua pihak ini khususnya perlu menggunakan pendekatan yang aman dan secara rundingan agar keselamatan bersama dan kepentingan ekonomi sesebuah negara khususnya dapat dipelihara dari sebarang ancaman dalam dan luar negara.  Proses membangun dan mentadbir sesebuah negara merupakan usahasama oleh rakyat dan pemimpin. Sekiranya ketidakstabilan politik berlaku, implikasi yang terjadi sudah tentu akan menjejaskan keseluruhan aspek sosial, kebudayaan, politik dan yang terpenting sekali merupakan ekonomi sesebuah negara. 



Artikel
Bernama – Bangkok, Thailand 19 Disember 2013

BANGKOK, 19 Dis (Bernama) -- Ekonomi Thailand sedikit sebanyak telah terjejas oleh konflik politik dengan Indeks Sentimen Industri Thailand (TISI) pada November menjunam ke paras paling rendah dalam masa dua tahun. Tahun depan, politik juga akan memainkan peranan dengan ekonomi dijangka mengembang sebanyak kira-kira lima peratus jika keadaan politik stabil dan cuma tiga peratus di bawah ketidaktentuan politik, kata Pengerusi Persekutuan Industri Thai, Payungsak Chartsuthipol pada sidang akhbar hari ini. 

Ekonomi Thailand terjejas dan terlepas peluang akibat pertikaian politik semasa dan tahun depan pertumbuhan akan bergantung kepada keadaan politik yang bertambah baik, kata Payungsak."Keadaan amat mencabar dan saya harap ia (keadaan politik) akan kembali seperti biasa selepas tahun baharu," katanya. Beliau berkata sektor swasta mahu dasar ekonomi kerajaan diteruskan untuk merangsang dan mengembleng pertumbuhannya.  "TISI pada November turun kerana sektor swasta bimbang keadaan politik semasa yang mungkin berlarutan, merosakkan seluruh ekonomi," katanya. Beliau berkata responden mahu kerajaan menyelesaikan konflik politik, menstabilkan nilai baht, ambil tindakan untuk menangani rasuah dan menggalakkan institusi kewangan milik kerajaan menyediakan pinjaman faedah rendah untuk syarikat kecil dan sederhana. Mereka juga mahu kerajaan membantu pengeluar menambah baik standard pengeluaran ke tahap antarabangsa.Beliau berkata keyakinan pengusaha industri terjejas teruk dari segi jumlah jualan keseluruhan, pengeluaran dan prestasi perniagaan pengeluar. Indeks pada November mencapai 90.3 berbanding 92.8 pada Oktober. Keyakinan industri untuk tiga bulan akan datang adalah 101.4, turun daripada 102.4 pada Oktober, dengan kebimbangan terhadap tempahan yang merosot, jualan, pengeluaran dan prestasi perniagaan yang lemah, demikian menurut satu tinjauan keyakinan industri dalam kalangan 1,023 pengeluar dalam 42 kumpulan industri pada November. 

Sementara itu, walaupun pembubaran parlimen dan pilihan raya umum akan datang, Suthep Thuegsuban, pemimipin Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat berkata tunjuk perasaan anti-kerajaan akan diteruskan. Beliau berkata bantahan akan diteruskan di Bangkok dan satu perarakan bantahan besar-besaran terhadap kerajaan sementara akan diadakan pada 22 Dis. Beliau bertegas mahu Perdana Menteri kerajaan sementara di bawah Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletak jawatan dan diganti dengan Majlis Rakyat.

-- BERNAMAA
PIY MSL TOM AGA NHD
12/19/2013 21-02ST

 http://a57.foxnews.com/global.fncstatic.com/static/managed/img/fn2/feeds/Associated%20Press/2013/12/09/660/371/ba4097c2679d6529450f6a706700f0cb.jpg?ve=1&tl=1http://blogs.cfr.org/asia/files/2013/12/thaiunique.jpg
 http://media.winnipegfreepress.com/images/WW103-1223_2013_000000_high.jpghttp://i2.cdn.turner.com/cnn/dam/assets/131127214232-02-thailand-protest-131127-horizontal-gallery.jpg
    
Foto : Rusuhan yang berlaku di Bangkok, Thailand (2013).


 SOALAN

1. Mengapakah kestabilan politik memainkan peranan penting dalam perkembangan
Ekonomi di sesebuah negara?

2. Ketidakstabilan politik disesebuah negara akan memberi impak kepada pertumbuhan
ekonomi. Sila nyatakan kategori-kategori yang terlibat beserta huraian?

3. Berikan sebuah contoh negara beserta huraian yang mengalami pergolakan politik
    yang mengakibatkan kemelesetan ekonomi berlaku?