Malaysia merupakan sebuah
negara yang maju dari segi pembangunan namun, sedarkah kita bahawa daripada
mana pembangunan ini pesat membangun? Disini kita akan
menjelaskan tentang bagaimana kebanjiran buruh asing ini boleh membantu negara kita semakin membangun.
Menurut sumber rujukan daripada Surat Khabar Berita Harian 10/02/2010 telah
menwarwarkan tentang kepentingan buruh asing dalam negara kita . Hal ini kerana warga Malaysia masih ramai yang kurang berminat dalam kerja-kerja daripada sektor pembinaan, justeru sebagai langkah mengatasi negara
Malaysia ketinggalan dalam dunia pembangunan maka buruh asing diperlukan dalam
negara menyebabkan wujudnya impak iaitu lambakan atau kebanjiran buruh asing . Namun , kebanjiran
buruh asing dalam negara bukan hanya mendatangkan impak negatif tetapi ia juga
membantu negara dari segi perkongsian dan pemindahan teknologi di mana tenaga
kepakaran dalam sektor pembinaan walaupun mereka yang bekerja dalam sektor tersebut bukan terdiri
daripada pekerja namun , kemahiran yang diperoleh dapat
membantu Malaysia semakin membangun dalam era pembangunan.
Selain daripada itu juga, dalam konteks kemasukan pekerja asing, strategi negara tidak jelas. Malahan, peningkatan jumlah buruh asing yang begitu mendadak telah menjadikan pelbagai sektor dipenuhi oleh buruh asing. Mengapa dikatakan begini ialah disebabkan oleh peralihan dari ekonomi -p kepada ekonomi - k . Pada masa ekonomi -p , kos buruh yang rendah menjadi tawaran kepada negara namun setelah beralih kepada ekonomi -p buruh yang berpengetahuan diperlukan sejajar dengan wawasan 2020. setelah diteliti buruh asing memberi impak positif, ia juga mendatangkan implikasi yang negatif kerana untuk negara beralih kepada ekonomi -k memerlukan tenaga profesional yang berasaskan pengetahuan , daya inovasi , dan kemampuan untuk mengaplikasikan teknologi moden, namun apabila berlakunya kebanjiran buruh asing menyebabkan tenaga profesional tidak mahu berhijrah ke Malaysia. Sekaligus ini akan menimbulkan pelbagai masalah dalam pembangunan negara walaupun perkara ini memberi kesan yang lebih kepada kesan negatif .
No comments:
Post a Comment