PEMALSUAN
BARANGAN DAN CETAK ROMPAK
Ø Jenayah pemalsuan barangan dan cetak rompak semakin membimbangkan
sejak akhir-akhir ini yang mana jika aktiviti ini tidak dibanteras akan memberi
kesan kepada individu, organisasi dan juga ekonomi sesebuah negara. Pemalsuan barangan dan cetak rompak adalah
perbuatan meniru dan menggunakan bahan yang dilindungi oleh undang-undang
hakcipta tanpa kebenaran. Perbuatan seperti itu diklasifikasikan sebagai satu
tindakan yang mencabul salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli.
Ø Dalam erti kata lain, pemalsuan dokumen/cetak rompak bermaksud
meniru dan menghasilkan kerja menggunakan hasil kerja orang lain. Biasanya aktiviti ini dilakukan adalah untuk
mengaut keuntungan dengan cara yang salah di sisi undang-undang. Kejadian seperti ini memang selalu terjadi
tidak kira di peringkat bawahan, amatur, malahan di peringkat professional dan
ia terjadi di hamper semua negara. Di setiap
Negara sudah tentu mempuyai undang-undang untuk membendung masalah ini dari
berlaku. Di Malaysia, harta intelek
dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987.
Ø Pemalsuan barangan pada umumnya dianggap oleh masyarakat sebagai
satu jenayah yang tidak besar dimana pemalsuan barangan tersebut hanyalah
sebagai satu alternatif kepada pengguna untuk membeli barangan yang seakan-akan
asli pada harga yang murah. Tindakan ini
dilihat oleh penjenayah sebagai satu tindakan yang memberi keuntungan yang
besar kepada mereka tetapi mempunyai risiko yang rendah untuk didakwa oleh
pihak berkuasa.
Ø Namun realitinya, dalam perdagangan antarabangsa barangan tiruan dianggarkan
mengungguli enam peratus terhadap perdagangan global. Ia bukan sahaja
merosakkan perniagaan dan peluang pelaburan tetapi juga mempunyai kesan negatif
terhadap masyarakat dan ekonomi global.
Ø Perdagangan barangan tiruan ialah satu aktiviti yang menguntungkan
dan ia juga menjadi salah satu aktiviti oleh pengganas yang menggunakan aktiviti
pemalsuan barangan untuk dijadikan sebagai dana untuk membiayai aktiviti keganasan
mereka di seluruh dunia.
Ø Julat barangan tiruan sangat luas dan trend-trend menunjukkan bahawa
individu/kumpulan yang memalsukan barangan tidak lagi membataskan aktiviti
mereka kepada barangan mewah tetapi semakin mengeksploitasi barangan-barangan
pengguna termasuk barang-barang harian seperti makanan bayi, ubat, kosmetik,
alat-alat ganti kenderaan dan sebagainya. Tindakan ini bukan sahaja haram tetapi
menjadikan satu ancaman yang serius kepada kesihatan awam dan keselamatan kerana
barangan tiruan ini tidak menjalani proses pemeriksaan keselamatan.
Ø Syarikat dan persatuan industri melaporkan bahawa kualiti
pembungkusan yang digunapakai oleh penjenayah pemalsuan barangan ini juga telah
ditingkatkan membuatkan sukar untuk pengguna dan kakitangan penguatkuasaan
membezakan di antara barangan palsu dengan barangan tiruan. Penjenayah ini
melakukan jenayah pemalsuan barangan ini dengan sangat-sangat terancang, mereka
menyesuaika mengikut masa dan keadaan dan kini menggunakan langkah-langkah yang
lebih terselindung dan canggih bagi mengelakkan aktiviti mereka ini dikesan dan
seterusnya didakwa oleh pihak berkuasa.
Ø Masalah eksport dan transaksi penghantaran barangan palsu telah
menjadi nombor satu. Penjenayah telah mengeksport barangan mereka bukan dalam
bentuk yang sempurna tetapi dipecah-pecahkan dalam bentuk belum siap dan
setelah barangan yang dipecahkan tersebut sampai ke Negara yang dieksport,
mereka akan menggabungkan kesemua pecahan barangan tersebut untuk dijadikan
satu barangan palsu yang sempurna dan seterusnya membuat pengedaran di pasaran
Negara tersebut. Dengan itu ia dapat mengurangkan
risiko perampasan di negara di mana komponen tersebut dihasilkan. Pemilik tanda dagang mendapati bahawa operasi
pembuatan dan pengedaran barangan palsu ini semakin meningkat di Rusia, China,
India, Filipina, Timur Tengah dan Afrika serta di beberapa buah negara-negara
Amerika Latin.
Ø Jenayah harta intelek melibatkan kos-kos orang awam dan perniagaan sebanyak
beratus bilion dolar Amerika setiap tahun.
PUNCA BERLAKU JENAYAH PEMALSUAN DOKUMEN DAN CETAK ROMPAK
Terdapat beberapa faktor
yang dikenal pasti sebagai punca berlakunya jenayah pemalsuan barangan dan cetak rompak pada masa
kini. Antara faktor yang menyebabkan
menularnya jenayah ini adalah :
a)
kurangnya kesedaran dalam
kalangan pengguna mengenai harta intelek. Masyarakat pengguna tidak menyedari
akan kesan buruk yang bakal berlaku ekoran daripada perbuatan pemalsuan
barangan dan mencetak rompak. Dalam keghairahan mereka melakukan perbuatan
tidak bermoral itu, terdapat individu lain yang mendapat kesan negatif. Individu yang dimaksudkan ialah pereka/pengkarya
asli yang ditiru hasil barnagan/karya mereka oleh individu yang tidak
bertanggungjawab.
b)
sikap tamak haloba dalam
kalangan masyarakat khususnya penjenayah pemalsuan produk dan cetak rompak.
Bagi pengusaha haram, kegiatan penjualan barangan palsu dan cetak rompak boleh
mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada mereka dengan kos
pembuatan yang rendah. Tambahan pula pengusaha haram ini juga menikmati ihsan
barang tulennya dari segi publisiti dan iklan. Mereka juga dikecualikan untuk
membayar royalti kepada pihak pereka atau pencipta asal. Oleh itu, mereka
menikmati keuntungan yang besar walaupun mutu dan prestij barang sebenarnya
sudah diketahui umum mempunyai kualiti yang kurang baik berbading barangan asli.
c)
kelonggaran penguatkuasaan
undang-undang juga dikenali sebagai penyumbang kepada menularnya jenayah pemalsuan
barangan dan cetak rompak dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Terdapat
juga anggota penguatkuasa yang mudah disogok dengan wang oleh penjenayah ini
bagi membolehkan mereka memasuki pasaran sesebuah negara untuk mengedarkan
barangan palsu dan cetak rompak tanpa dibuat pemeriksaan.
d)
Bukan sahaja kelonggaran sistem
undang-undang sedia ada punca masalah ini malah ianya sedikit sebanyak berlaku
akibat sikap masyarakat yang tidak mengambil peduli kesan buruk pembelian
barangan palsu dan cetak rompak kepada individu lain. Bagi mereka, penawaran
barangan palsu yang seakan-akan asli memberi mereka alternatif lain untuk
memiliki barangan berjenama tersebut dengan harga yang rendah walaupun mereka
tahu kualiti barangan tersebut adalah kurang baik dan perbuatan mereka ini
memberi impak kepada kemerosotan jualan perniagaan yang menawarkan barangan
asli tersebut sekaligus menjejaskan ekonomi negara.
e)
Aktiviti pemalsuan barangan dan
cetak rompak juga berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap barangan tersebut.
Walaupun para pengguna menyedari bahawa barangan tersebut tidak tulen, namun
pengguna gemar untuk membeli ekoran daripada harganya yang murah berbanding
dengan barangan yang asli. Di samping itu, hal ini dapat memenuhi cita rasa
pengguna yang kurang mampu untuk membeli atau mendapatkan barangan asli.
f)
Kecanggihan sains dan teknologi
juga merupakan punca mendorong berlakunya jenayah cetak rompak. Zaman moden
ini, alatan berteknologi canggih membolehkan barangan tulen dihasilkan. Melalui
peralatan yang canggih ini tanpa kita sedari peralatan tiruan dapat dihasilkan
pada masa yang sama. Oleh itu, kita sukar untuk membezakan barangan yang tulen
dengan barangan tiruan Malah bukti barangan cetak rompak atau tiruan boleh
dimusnahkan dengan wujudnya kecanggihan teknologi masa kini.
g)
Punca jenayah pemalsuan dan
cetak rompak ini berlaku juga adalah akibat daripada sikap masyarakat khususnya
pengguna yang sentiasa menginginkan barangan yang murah tanpa mengambil kira
barangan tersebut tulen atau palsu. Yang penting kepuasan kerana mampu memiliki
barangan yang seakan-akan barang tulen. Di samping itu juga masyarakat pada
masa kini lebih cenderung untuk tidak mengutamakan kualiti barangan yang
dibeli. Yang penting kepuasan bersarang di minda mereka adalah sangat memadai.
Hal ini menyebabkan berlakunya penularan jenayah pemalsuan barangan dan cetak
rompak kerana sikap serta tindakan masyarakat yeng sedemikian rupa menjadi
pembakar semangat untuk para penjenayah pemalsuan barangan dan cetak rompak
meluaskan lagi aktiviti mereka. Peluang tersebut juga diaplikasikan oleh mereka
untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Namun di sebalik keuntungan
dan kesenangan yang diraih, tanpa mereka sedari ramai dalam kalangan individu
lain yang tertindas akibat perbuatan tamak penjenayah tersebut.
IMPAK/KESAN KEGIATAN PEMALSUAN BARANGAN DAN CETAK ROMPAK
Impak/kesan yang terjadi
akibat kegiatan pemalsuan barangan dan cetak rompak adalah seperti berikut :-
a)
Kegiatan cetak rompak akan
merugikan pihak pengeluar yang sah.
Dalam erti kata lain pihak yang pereka/pengkarya asli yang sah akan
mengalami kerugian akibat daripada perbuatan tamak para pengusaha cetak rompak
yang tidak pernah puas. sebagai contoh
artis seni suara dan seni lakon tidak dapat menikmati hasil penat lelah mereka
setelah bekerja keras untuk menghasilkan sebuah karya yang original atau tulen.
Jika dilihat secara menyeluruh dari pelbagai aspek mahupun beberapa sudut
pandangan, bukan pengeluar sahaja yang mengalami kerugian ekoran daripada cetak
rompak, malah pakar perisian komputer
juga turut mengalami kerugian yang sama.
b)
Aktiviti atau iklim pelaburan
negara juga akan terjejas. Apabila masalah ini semakin berleluasa, para
pengusaha teknologi maklumat tidak mahu melabur di sesebuah negara. Hal ini
berlaku kerana kos pelaburan adalah sangat tinggi tetapi pulangannya tidak
meyakinkan. Lebih malang lagi kemungkinan para saintis juga tidak begitu giat
menjalankan penyelidikan dan pembangunan di Negara yang mana kadar jenayah
pemalsuan barangan dan cetak rompaknya adalah tinggi. Kebimbangan juga akan
menghantui pereka/pencipta produk mereka kerana bimbang ciptaan mereka akan
dicetak rompak / dipalsukan sebaik sahaja produk mereka dipasarkan yang akan
mengakibatkan mereka mengalami kerugian.
c)
Turut menerima kesan yang sama
ialah ekonomi sesebuah negara akan terjejas ekoran daripada berlakunya jenayah pemalsuan
baragan dan cetak rompak ini. Hal ini adalah kerana masyarakat akan mengalihkan
perhatian mereka untuk membeli barangan tiruan atau cetak rompak. Akibatnya
barangan original tidak akan dipandang. Tuntasnya berlaku kerugian yang amat
besar kepada ekonomi sebuah negara. Barangan cetak rompak pada amnya
menyebabkan masyarakat akan membeli barangan tersebut lantaran harganya yang
murah.
d)
Menyebabkan ekonomi negara
merosot. Hal ini kerana
pendapatan negara menjadi berkurang kerana cukai yang dihasilkan daripada
industri tidak dapat dijana sepenuhnya. Contohnya, pengeluar yang menghasilkan
industri percetakan yang sah ini mengalami kerugian disebabkan produk dan
barangan asli yang dikeluarkan mengalami kemerosotan dari segi jualan syarikat.
Oleh itu, pengeluar-pengeluar asli ini tidak dapat menampung beban cukai yang
dikenakan oleh kerajaan, ini sekali gus memberi impak kepada kejatuhan ekonomi
negara. Sebaliknya pengusaha-pengusaha cetak rompak ini pula yang mengaut
keuntungan, mereka lebih mementingkan kepentingan mereka sendiri tanpa
memikirkan akibat buruknya. Sebagai contohnya dalam industri komputer di
Malaysia, pendapatan yang dapat dijana daripada industri ini pada tahun 1996
adalah lebih RM300 juta dan jumlah itu dijangka akan meningkat pada tahun-tahun
seterusnya, namun masalah pula timbul dengan wujudnya cetak rompak perisian
komputer, keadaan ini menyebabkan pendapatan negara bagi industri tersebut
telah berkurang. Negara juga akan mengalami kekurangan pendapatan melalui cukai
kerana biasaya barangan palsu/cetak rompak ini diedarkan menggunakan dokumen
palsu dan juga diseludup.
e)
Kegiatan cetak rompak yang
berleluasa di negara ini juga menyebabkan nama baik negara tercemar.
Pada tahun 2004, Malaysia pernah diletakkan sebagai negara yang berada dalam
senarai pemerhatian utama oleh Pakatan Harta Intelek Antarabangsa (IIPA)
sebagai antara negara yang paling serius terbabit dengan kegiatan cetak
rompak. Situasi ini telah menyebabkan pelabur dan pengusaha luar Negara memberi
tanggapan bahawa negara ini merupakan sarang berkumpulnya lanun-lanun cetak
rompak dan ini membawa kesan terhadap nama baik Malaysia di mata dunia. Namun
atas hasil usaha semua pihak dalam membendung masalah ini, Malaysia akhirnya
terkeluar daripada senarai pemerhatian oleh pakatan tersebut pada tahun 2007.
CARA MENGATASI PEMALSUAN BARANGAN DAN CETAK ROMPAK
Terdapat beberapa cara
drastik yang boleh diambil bagi menangani masalah ini. Antaranya ialah :-
a)
penguatkuasaan undang-undang.
Usaha menangani cetak rompak juga boleh dilakukan dengan cara penguatkuasaan
undang-undang oleh pihak kerajaan. Serbuan serta tangkapan yang kerap sebagai
contohnya boleh dilakukan tanpa mengira musim. Jika kita lihat dari segi akta, di
Malaysia, akta Hak cipta 1987 dan akta perihal dagangan 1972 perlu dipinda agar
penjenayah profesional ini menerima hukuman yang setimpal. Dengan cara
sedemikian, mereka akan gentar untuk memulakan kegiatan ini.
b)
Perubahan sikap masyarakat juga
membantu dalam menangani masalah tersebut. Usaha menyekat gejala pemalsua
barangan dan cetak rompak ini akan menjadi lebih berkesan seandainya wujud
kesedaran dalam kalangan masyarakat sejagat khususnya anggota penguatkuasa.
Mereka yang insaf dengan tanggungjawab dan amanah ini tidak akan mudah tewas
dengan sebarang bentuk suapan atau rasuah serta pujuk rayu. Bagi memantapkan
lagi sistem pentadbiran dan kualiti kerja anggota penguatkuasa maka sebarang
bentuk kempen kesedaran wajar diadakan. Melalui kempen kesedaran seperti itu,
penularan jenayah pemalsuan barangan dan cetak rompak dalam kalangan masyarakat
di sesebuah negara akan dapat dikurangkan.
c)
Melaksanakan hukuman penjara
mandatori, mungkin Negara-negara yang berhadapan dengan masalah ini boleh
mengambil langkah ini kerana tindakan seperti ini adalah merupakan satu langkah
yang paling sesuai bagi membendung penularan jenayah pemalsuan barangan dan cetak
rompak yang semakin menjadi-jadi dan merugikan banyak pihak. Langkah yang tegas
ini mungkin akan membuat penjenayah tidak berani untuk melakukan jenayah
tersebut di sesebuah Negara.
d) menjalankan dasar memboikot barangan palsu dan cetak rompak. Kita sedia maklum bahawa para pengguna
mempunyai kuasa pembelian dalam sesebuah ekonomi negara. Oleh itu masalah barangan
palsu dan kegiatan cetak rompak yang hingga mewujudnya perlambakan barangan palsu
dan cetak rompak di pasaran ini tidak mungkin akan berlaku jika permintaan
daripada para pengguna tidak wujud. Dalam hal ini, permintaan pengguna ini
perlu dititikberatkan kerana ia akan mempengaruhi gelagat pembelian pengguna
terhadap barang cetak rompak dan ia sebenarnya dikenali sebagai “the dark
side of consumer behavior” (Hirschman, 1991). Sesungguhnya pengguna
memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini, penekanan terhadap
kesedaran penghargaan hak cipta atau paten penting dalam setiap lapisan masyarakat.
Kesedaran yang dimaksudkan disini ialah kesedaran mengenai hasil usaha dan
titik peluh yang telah diusahakan oleh para pengeluar asli ini, usaha yang
dijalankan mereka itu akhirnya pula telah ditiru dan diambil sewenang-wenangnya
tanpa kebenaran mereka, malahan pihak yang meniru dan mencetak rompak ini pula
yang mendapat pulangan berbanding pengeluar asli ini.
SKALA – SECARA UMUM
Statistik kerajaan,
laporan akhbar dan akaun anecdotal (tidak disokong dengan fakta) yang
disediakan oleh persatuan industri dan syarikat perseorang mendapati bahawa
skala pemalsuan barangan seluruh negara telah meningkat pada tahun 2003.
Ø Terdapat peningkatan yang banyak dalam rampasan barangan palsu di Eropah,
Jepun dan Amerika semasa tahun 2003. Jabatan
Kastam Amerika melaporkan bahawa jumlah rampasan pada tahun 2003 meningkat 12
peratus berbanding tahun sebelumnya dan nilai barangan palsu yang dirampas juga
meningkat dengan banyak. Eropah melaporkan
bahawa rampasan pada tahun 2002 adalah bersamaan dengan jumlah ramapasan pada suku
pertama tahun2003. Trend-trend ini
sejajar dengan kajian yang dijalankan oleh Quality Brands Protection Committee
(QBPC) iaitu gabungan lebih daripada 80 syarikat multinasionl. Majority ahli-ahli QBPC melaporkan bahawa
mereka mempunyai masalah serius dengan eksport jenama syarikat mereka ke
Negara-negara lain kerana aktiviti pemalsuan barangan ini.
Ø Amerika dan Eropah mencadangkan mengambil langkah-langkah yang
perlbagai dalam membanteras kegiatan pemalsuan barangan. Di Eropah, jumlah mainan palsu yang dirampas oleh kastam
pada suku tahun pertama 2003 telahpun menjangkau 56 peratus lebih tinggi
daripada jumlah rampasan barangan tiruan pada tahun 2002. Kastam Eropah dan Amerika meningkatkan
rampasan barangan tiruan yang diasing-asingkan seperti komponen barangan
(label, botol dan sebagainya).
Penjenayah barangan tiruan ini akan mengimport komponen-komponen ke
Negara luar dan kemudiannya setelah sampai ke Negara tersebut komponen tersebut
akan dipasang semula untuk diedarkan di pasaran Negara tersebut. terdapat juga laporan menunjukkan
peningkatan perdagangan melalui internet, membawa kepada lebih penghantaran barangan
palsu melalui mel.
Ø Jumlah yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Eropah pada akhir tahun
2003 menunjukan bahawa kastam telah merampas lebih dari 85 juta artikel palsu
atau cetak rompak di sempadan EU pada tahun 2002 dan telah merampas 50 juta
artikel palsu/cetak rompak pada suku tahun pertama 2003. Barangan palsu yang paling banyak dirampas
(65 peratus) di Eropah pada tahun 2002 adalah dari Asia (Thailand dan China
khususnya). (Suruhanjaya Eropah, Nov 2003)
Ø Menurut Suruhanjaya Eropah, barangan palsu bertanggungjawab terhadap
kehilangan 100,000 kerja di Eropah setiap tahun (Suruhanjaya Eropah 1998, ICC
Biro Penyiasatan Pemalsuan 1997).
Ø Pada tahun 2002, perdagangan barangan palsu mencecah anggaran 450
billion US dollar iaitu lebih besar daripada KDNK bagi 11 buah Negara. Hasil daripada pemalsuan barangan dan cetak
rompak telah meningkat lebih daripada 400 peratus sejak awal tahun 1990 an
lagi, berbeza dengan pertumbuhan perdangan barangan sah iaitu sekitar 50
peratus dalam tempoh masa yang sama.
Ø Pemalsuan juga memberi kesan kepada kerajaan dan masyarakat. di Rusia sahaja, anggaran sebanyak US$1
bilion setahun cukai pendapatan (VAT, cukai pendapatan dan duti kastam) tidak
dapat dikutip dan pada masa yang sama pengedaran barangan tiruan yang meluas
telah melemahkan pelaburan yang sah dalam Negara tersebut yang telah
mengakibatkan kerugian kepada negara.
Ø Bandaraya New York telah menganggarkan kerugian sebanyak 500 juta US
Dolar setahun dalam cukai jualan negeri kerana penjualan barangan tiruan
ini.
SKALA
MENGIKUT SEKTOR
Perubatan
-
Kes susu tepung bayi palsu telah
mengakibatkan kematian 12 orang kanak-kanak dan 200 lagi sakit di China setelah
kanak-kanak tersebut meminum susu bayi palsu tersebut. Setelah kajian dilakukan, susu tersebut
mengandungi sejenis dadah yang membahayakan kepada bayi tersebut.
-
Di India, pasaran ubat-ubat palsu
dianggarkan mencatat antara 15 hingga 20 peratus dari pasaran, bernilai
kira-kira US$1 bilion. Ubat-ubat ini
jika digunakan oleh pesakit akan memudaratkan kerana tidak menjalani ujian
keselamatan untuk digunakan.
Barangan Pengguna
·
Kerugian tahunan yang disebabkan oleh
pemalsuan barangan kosmetik Eropah melebihi US$3 billion.
·
Menurut World Customs Organization, di
Eropah, syarikat penjualan pakaian dan kasut telah kerugian sebnayak 7.5
billion Euro setahun akibat aktiviti pemalsuan barangan.
·
Pada 12 Mei 2004, Kastam Itali
telah merampas 9,000 pasang kasut palsu jenama Nike yang bernilai EUR 800,000
yang telah dieksport oleh China melalui kontena.
Industri Automatif
·
Agensi Anti Pemalsuan Perancis
menganggarkan bahawa 1 daripada 10 alat ganti kereta yang dijual di Perancis adalah
palsu.
·
Alat ganti kereta palsu menyebabkan
pengusaha automobile kerugian jualan kira-kira US$12 billion setahun dimana
jumlah tersebut cukup untuk menggaji sebnyak 200,000 pekerja.
Industri Muzik dan Multimedia
·
Anggaran sebanyak US$4.6 billion telah
diperolehi oleh penjenayah melalui aktiviti cetak rompak industri muzik setiap
tahun.
·
Perniagaan Perisian Alliance
menganggarkan kerugian sebanyak US$12 billion setahun kerana aktiviti cetak
rompak perisian oleh penjenayah.
Pegganas
·
Kumpulan pengganas terkenal
seperti kumulan paramilitary di Selatan Ireland secara jelas menyatakan dana mereka
diperolehi daripada aktiviti penjualan barangan palsu dan cetak rompak untuk
meneruskan aktiviti mereka.
Secara keseluruhannya,
aktiviti pemalsuan barangan dan cetak rompak memberi kesan yang sangat buruk
terhadap ekonomi sesebuah Negara kerana kejian mendapati ia melibatkan jumlah
kerugian yang sangat besar bagi Negara, syarikat dan juga masyarakat yang
kadangkala tertipu dengan produk palsu ini.
Justeru, langkah-langkah yang telah dibincangkan di atas perl diambil
kira bagi mengelakkan jenayah pemalsuan barangan dan cetak rompak ini semakin
menjadi-jadi pada masa yang akan datang sehingga boleh menyebabkan ekonomi
sesebuah Negara terjejas hanya kerana aktiviti ini kerana akan menyebabkan
pelabur dan pengusaha tidak berani atau hilang keyakinan untuk melabur dan
berniaga di Negara tersebut.
thank you
ReplyDelete