PEMINDAHAN TEKNOLOGI –
FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN
PEMINDAHAN TEKNOLOGI
Pemindahan teknologi ialah usaha mengimport atau membawa masuk peralatan
dan pengetahuan seperti kemahiran, tatacara dan teknik asing demi meningkatkan daya produktiviti industri
tempatan.
Faktor-Faktor
Menyebabkan Pemindahan Teknologi
(a) Meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran tenaga kerja tempatan lalu membaiki kualiti hidup mereka.
(b) Teknologi moden seperti
komputer dapat mempercepatkan pemprosesan data-data dan
jentera-jentera seperti
mesin menuai dapat mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian ataupun hasil
perkilangan.
(c) Mempercepatkan pembangunan
industri dalam negara dengan mewujudkan pertumbuhan industri baru dalam negara misalnya, industri berat membuat
kereta nasional Proton Saga.
(d) Membuka jalan kepada pembangunan teknologi
sendiri melalui pembaikan atau pengubahsuaian teknologi yang diimport misalnya
melalui teknologi pembuatan kereta dari Mitsubishi Motor Corporation (melalui
projek Proton Saga) dan syarikat pembuatan kereta Daihatsu (melalui projek kereta nasional kedua),
anak Malaysia mungkin muncul menjadi pembekal teknologi dan maklumat mengenai
industri automobil di rantau ini kelak.
(e) Pengimportan teknologi membolehkan bahan-bahan
mentah keluaran negara
dieksplotasikan dengan
lebih cekap dan sepenuhnya dengan memprosesnya menjadi barang siap. Ini bukan
sahaja membebaskan negara dari pergantungan kepada barangan siap dari negara
asing malah boleh mendatangkan pertukaran wang asing dengan mengeksportnya.
(f) Membawa kepada perkembangan pesat dari segi
kemudahan infrastruktur seperti jalan
raya, lebuhraya, jalan keretapi, sistem telekomunikasi, bekalan elektrik dan
sebagainya.
(g) Pemindahan teknologi juga
boleh wujudkan kesan rantai positif seperti pertumbuhan sektor-sektor ekonomi lain dan membuka peluang
eksport yang baru kepada negara.Misalnya pengeksport kompenen-kompenen
keretaoleh kilang yang ditubuhkan untuk membekalkan komponen kereta kepada
PROTON.
(h) Teknologi pertanian moden
seperti bioteknologi dalampenghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan
proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar
dengan wawasan pertanian negara.
(i) Mengatasi masalah
kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian misalnya mesin penuai padi dalam
membantu mengatasi
masalah kekurangan buruh semasa musim menuai padi. Demikian juga penggunaan
teknologi canggih seperti robot boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh
dalam perindustrian.
(j) Pengimportan teknologi
rumahtangga akan mempermudahkan kerja suri rumahtangga dan membolehkan mereka menumpukan
kepada kerja-kerja yang lebih produktif seperti anak-anak atau buat kerja
sambilan.
(k) Pengimportan alat rawatan
perubatan boleh meningkatkan taraf kesihatan rakyat.
(l) Berjaya sesuatu projek
perindustrian misalnya
kereta Proton Saga akan mencetuskan semangat keyakinan diri di kalangan rakyat
untuk menerokai kegiatan perindustrian yang lebih besar dan canggih pada masa
depan dan mendatangkan pertumbuhan sosioekonomi yang pesat kepada negara.
No comments:
Post a Comment