Hari ini kita melihat
pelbagai konflik yang berlaku didunia, krisis kemanusian dalam meneruskan
kehidupan yang penuh liku dan cabaran. Manusia ghairah untuk mencari kuasa dan
pengaruh dalam meneruskan survival
mereka di muka alam ini.Mencari kekayaan, kuasa, penghormatan
merupakan satu kemestian bagi setiap ahli politik dunia hari ini.
Namun sekarang dunia sudah berubah kekebalan politik tidak dianggap satu kepada
sesuatu bangsa jika sekiranya tidak menguasai ekonomi. Di Malaysia contohnya, orang
Melayu bangga dengan Ketuanan Melayu yang memberi mereka jaminan dari segi
kuasa politik. Manakala orang Cina dihormati dengan Ketuanan Ekonomi yang
memberi kelebihan dari segi kuasa kewangan berbanding kaum yang lain.
Politik dan ekonomi adalah saling berkaitan dalam menentukan jatuh bangun sebuah
negara. Kebiasaanya ahli politik akan menggunakan isu ekonomi dalam kempen
mereka untuk mendapat pengaruh dalam setiap pemilihan. Maka tidak hairanlah
jika terdapat dakwaan atau andaian bahawa orang politik kebiasaanya dikeliling
oleh ahli perniagaan dalam mendapatkan sumber kewangan dalam kempen mereka.
Orang yang memberi bantuan kepada ahli politik mengharapkan akan dapat pengaruh
bagi membantu mereka dalam perniagaan seperti penganugerahan atau mendapat
kelulusan projek dan lain-lain. Orang politik macam ini menjual maruah uniform
yang dipakai mereka dengan harga yang murah dengan membiarkan diri mereka dipergunakan.
Setiap kali timbul isu yang melibatkan permainan silang kata antara politik dan
ekonomi.Tidak dapat dinafikan kuasa ekonomi akan dapat mengawal dan mengatasi
orang yang memegang kuasa politik.Contohnya kekurangan bekalan makanan asasi
dipasaran telah menunjukan kebenaran hakikat ini.Kerajaan kebiasaan terpaksa
tunduk kepada kehendak golongan industri untuk menaikan atau menurunkan harga
sesuatu barang dipasaran.Jelas menunjukan perjuangan untuk memartabatkan bangsa
dan negara memerlukan pengaruh ekonomi bagi menjadikan ia realiti.
Diperingkat hubungan antarabangsa,contohnya negara China dan Jepun menikmati
hubungan politik yang naik dan turun kekadang sedikit emosi. Tetapi dalam
ekonomi tidak menunjukan hal sedemikian. Hakikatnya Jepun adalah rakan dagang
utama China, banyak syarikat Jepun membuat pelaburan di China.Walaupun dari
segi hubungan politik tidak menggalakan.Demikian juga hubungan politik antara
Malaysia-Singapura yang menunjukan naik turun.Tetapi realitinya, kedua-dua
negara ini bergantung sama lain dalam meraih faedah ekonomi.Jika sebarang
konflik timbul kepentingan ekonomi diberi perhatian dahulu bebanding faedah
politik.
Terdapat juga faktor-faktor lain yang
menyebabkan berlakunya jatuh bangun sesebuah negara yang melibatkan aspek
kaitan politik dan ekonomi. Sejak akhir-akhir ini, media sering menyajikan kita
dengan pelbagai berita mengenai rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan
sebagainya. Terdapat juga sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai revolusi
kebangkitan rakyat dan suara rakyat. Hakikat kebiasaannya, tindakan dan
pelaksanaan sebegini berpunca dari perkara yang sama iaitu ketidakstabilan
politik yang terjadi di sesebuah negara. Disebabkan keadaan pertumbuhan politik
yang tidak sihat, serta persaingan kedudukan dan kuasa secara tidak adil dan
saksama menyebabkan pihak yang terlibat khususnya para pemerintah dan pentadbir
mula mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap keperluan dan kehendak rakyat.
Kesan ketidakstabilan politik amnya terbahagi kepada beberapa bahagian dan
klasifikasi iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek terhadap ekonomi
dan politik negara itu sendiri serta di peringkat antarabangsa.
Faktor ini telah memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada
ketidakstabilan politik dan ia juga mempengaruhi ekonomi sesebuah negara itu. Sekiranya
rusuhan yang berlaku adalah melibatkan keganasan dan pertumpahan darah di
sesebuah tempat, kegiatan ekonomi khususnya yang melibatkan perniagaan dan
perusahaan akan
tergendala dan terhenti kerana dua faktor iaitu kekurangan tenaga kerja oleh sebab
pekerja mereka terlibat dan kerana faktor keselamatan pengusaha atau peniaga sendiri
yang tidak terjamin. Aktiviti ekonomi yang terganggu menyebabkan
lebihan penawaran produk atau barang serta perkhidmatan dan
sekaligus memperlahankan
aliran keluar-masuk wang. Ia akan merugikan peniaga khususnya dan
merugikan negara amnya.
Jumlah perusuh
atau penunjuk perasaan yang ramai dari pelbagai kawasan berkumpul di satu
kawasan tertentu sahaja akan mengurangkan jumlah pembeli di tempat-tempat lain dan menyebabkan aktiviti
ekonomi terganggu. Perusuh yang kebiasaannya merupakan golongan pembeli
akan menggunakan kos yang besar sebagai persediaan membuat tunjuk perasaan
seperti persediaan bekalan makanan, sepanduk, banting, khemah perlindungan dan
sebagainya. Kuasa
beli mereka terhadap barang-barang keperluan lain akan merosot kerana aliran
keluar wang digunakan untuk tujuan ini. Hal yang demikian hanya akan menguntungkan pihak dalam industri tertentu
sahaja dan hanya dalam satu-satu tempoh tertentu sahaja serta merugikan banyak
pihak lain. Ini adalah kesan-kesan jangka pendek yang dapat dilihat akibat
berlakunya krisis politik yang mempengaruhi ekonomi negara amnya.
Impak-impak untuk jangkamasa panjang juga dapat dilihat akibat berlakunya
ketidakstabilan
politik dalam sesebuah negara menganggu pertumbuhan ekonomi tersebut disebabkan
berlakunya rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Hal yang demikian
mencerminkan imej negara yang tidak selamat dan tidak berpotensi dalam ekonomi
sekaligus menyebabkan pelabur asing hilang minat untuk melabur dalam negara tersebut.
Kerajaan
terpaksa menggunakan kos yang besar bagi menanggung perbelanjaan kesan daripada rusuhan dan
tunjuk perasaan seperti menggunakan peruntukan sektor-sektor lain dalam
perbelanjaan pembangunan negara dan perbelanjaan mengurus negara secara
berlebihan untuk menanggung kos rawatan mangsa atau rakyat yang tercedera serta
membaiki kerosakan yang berlaku. Perancangan pembangunan negara akan tergendala dan
terganggu. Sekiranya rusuhan dan tunjuk perasaan berlaku untuk satu
tempoh yang panjang, kegiatan ekonomi dalam skop yang lebih luas seperti kegiatan eksport
dan import negara akan terganggu dan sekaligus memberi kesan kepada
kegiatan ekonomi negara-negara luar yang terlibat dalam kerjasama ekonomi ini.
Keadaan ini menjejaskan
hubungan baik antara negara.
Ketidakstabilan politik juga akan memberi
kesan kepada individu, masyarakat, pihak kerajaan dan peringkat antarabangsa.
Pertama, kesan kepada individu yang terlibat akan terdedah kepada risiko besar
kecederaan dan kematian. Hal ini akan menyebabkan kegiatan ekonomi dan sosial
seseorang akan terganggu dan terjejas juga menyebabkan perkembangan
pendididikan akan tergendala. Kedua, kesan kepada masyarakat akan menyebabkan berlaku perpecahan
dalam masyarakat dan membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan. Tanpa
perpaduan, rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat dan kondusif. Perpecahan
masyarakat akan membuka ruang kepada musuh negara atau pihak luar mengambil kesempatan
mendapatkan kepentingan negara sewenang-wenangya.
Ketidakstabilan politik juga akan memberi
impak yang ketara kepada pihak kerajaan. Pihak kerajaan tidak mendapat
kepercayaan rakyat kerana proses pembangunan dan mengurus negara akan menjadi
tergendala dan terganggu. Contoh yang dapat dilihat pada hari ini, iaitu krisis
politik yang berlaku di Thailand yang telah menyebabkan berlakunya kemerosotan
ekonomi yang mendadak (Artikel daripada Bangkok 19 Dis 2013 – Bernama seperti dilampiran). Manakala kesan kepada peringkat antarabangsa
dapat dilihat melalui hubungan pihak kerajaan dengan luar negara juga akan
terganggu dan terjejas kerana keadaan negara yang tidak selamat menyukarkan
sebarang kerjasama.
Setiap pihak sebenarnya
memainkan peranan yang sama pentingnya dalam memastikan kestabilan
politik sesebuah negara. Rakyat perlu berfikir panjang tentang tindakan
yang diambil dan pihak kerajaan pula perlu menangani sebarang isu
ketidakstabilan politik dan kesan-kesannya secara bijaksana dan saksama.
Langkah-langkah yang pragmatik perlu dirancang dan disediakan oleh pihak
kerajaan sebagai menghadapi keadaan-keadaan tunjuk perasaan, demonstrasi dan
sebagainya. Kedua-dua pihak ini khususnya perlu menggunakan pendekatan yang
aman dan secara rundingan agar keselamatan bersama dan kepentingan ekonomi
sesebuah negara khususnya dapat dipelihara dari sebarang ancaman dalam dan luar
negara. Proses membangun dan mentadbir sesebuah negara merupakan
usahasama oleh rakyat dan pemimpin. Sekiranya ketidakstabilan politik berlaku,
implikasi yang terjadi sudah tentu akan menjejaskan keseluruhan aspek sosial,
kebudayaan, politik dan yang terpenting sekali merupakan ekonomi sesebuah
negara.
Artikel
Bernama – Bangkok, Thailand 19 Disember 2013
BANGKOK, 19 Dis
(Bernama) -- Ekonomi Thailand sedikit sebanyak telah terjejas oleh konflik politik
dengan Indeks Sentimen Industri Thailand (TISI) pada November menjunam ke paras
paling rendah dalam masa dua tahun. Tahun depan, politik juga akan memainkan
peranan dengan ekonomi dijangka mengembang sebanyak kira-kira lima peratus jika
keadaan politik stabil dan cuma tiga peratus di bawah ketidaktentuan politik,
kata Pengerusi Persekutuan Industri Thai, Payungsak Chartsuthipol pada sidang
akhbar hari ini.
Ekonomi Thailand
terjejas dan terlepas peluang akibat pertikaian politik semasa dan tahun depan
pertumbuhan akan bergantung kepada keadaan politik yang bertambah baik, kata
Payungsak."Keadaan amat mencabar dan saya harap ia (keadaan politik) akan
kembali seperti biasa selepas tahun baharu," katanya. Beliau berkata
sektor swasta mahu dasar ekonomi kerajaan diteruskan untuk merangsang dan
mengembleng pertumbuhannya. "TISI
pada November turun kerana sektor swasta bimbang keadaan politik semasa yang
mungkin berlarutan, merosakkan seluruh ekonomi," katanya. Beliau berkata
responden mahu kerajaan menyelesaikan konflik politik, menstabilkan nilai baht,
ambil tindakan untuk menangani rasuah dan menggalakkan institusi kewangan milik
kerajaan menyediakan pinjaman faedah rendah untuk syarikat kecil dan sederhana.
Mereka juga mahu kerajaan membantu pengeluar menambah baik standard pengeluaran
ke tahap antarabangsa.Beliau berkata keyakinan pengusaha industri terjejas
teruk dari segi jumlah jualan keseluruhan, pengeluaran dan prestasi perniagaan
pengeluar. Indeks pada November mencapai 90.3 berbanding 92.8 pada Oktober. Keyakinan
industri untuk tiga bulan akan datang adalah 101.4, turun daripada 102.4 pada
Oktober, dengan kebimbangan terhadap tempahan yang merosot, jualan, pengeluaran
dan prestasi perniagaan yang lemah, demikian menurut satu tinjauan keyakinan
industri dalam kalangan 1,023 pengeluar dalam 42 kumpulan industri pada
November.
Sementara itu,
walaupun pembubaran parlimen dan pilihan raya umum akan datang, Suthep
Thuegsuban, pemimipin Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat berkata tunjuk
perasaan anti-kerajaan akan diteruskan. Beliau berkata bantahan akan diteruskan
di Bangkok dan satu perarakan bantahan besar-besaran terhadap kerajaan
sementara akan diadakan pada 22 Dis. Beliau bertegas mahu Perdana Menteri
kerajaan sementara di bawah Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletak jawatan
dan diganti dengan Majlis Rakyat.
-- BERNAMAA
PIY MSL TOM AGA NHD
12/19/2013 21-02ST
Foto : Rusuhan yang berlaku di Bangkok, Thailand (2013).
SOALAN
1. Mengapakah kestabilan
politik memainkan peranan penting dalam perkembangan
Ekonomi di sesebuah negara?
2. Ketidakstabilan
politik disesebuah negara akan memberi impak kepada pertumbuhan
ekonomi. Sila nyatakan kategori-kategori yang terlibat beserta huraian?
3. Berikan sebuah contoh
negara beserta huraian yang mengalami pergolakan politik
yang mengakibatkan kemelesetan ekonomi
berlaku?